Saturday, 8 September 2012

gagal

pergi mana lagi,
main apa lagi,
kerja yang mana lagi,
perlu aku buat,
lagi.

sudah aku katakan,
yang ini, takkan menjadi,
kau bermimpi bidadari,
aku yang makan hati,
lagi.

sebab yang aku tanam,
yang aku simpan,
sikit-sikit terbit,
menghiris nipis-nipis,
lagi.





aku perlu cari topeng lagi tebal,
untuk selindung luka ini,

aku perlu cari ubat lagi kuat,
untuk tipu diri sendiri,

kini.



Monday, 9 July 2012

makna


dulu pernah,
kau tanya aku.
kenapa aku suka kan kau,
dan aku jawab,
sebab kau adalah kau.

dulu pernah,
kau tanya aku,
kenapa aku sayang kau,
dah aku jawab,
sebab kau adalah kau.

dulu pernah,
kau tanya aku,
banyak mana aku sayang kau,
dan aku jawab,
macam langit, luas, tak berpenghujung.

dulu pernah,
kau genggam tangan aku,
dah kau pinta agar jangan aku pernah pergi,
dan aku jawab,
takkan sesekali.

setiap nafas,
setiap kata,
disetiapnya yang keluar,
aku beri makna.



cuma aku harap, kau juga sama,
tapi hampa.

Saturday, 10 March 2012

malam

malam
aku mahu bersama kamu
ditemani gelap
suram
kelam.

malam
ingin ku khabarkan padamu
kau satu dalam beribu
takkan melepaskan kamu
pegang aku.

malam
biar datang siang
biar mimpi hilang
engkau ku rindu
selalu.

malam
jangan pernah pergi
aku tak mahu sendiri
bukan begini.

selamat tidur,
malam.

Wednesday, 11 January 2012

love is in the air

sesaat
seminit
sejam
sehari
sebulan
setahun
apa lagi eh lepas setahun?

ah,lantak
you know what,screw you time
from this day on,i dont need to wait for you anymore.
time will heal is fuckin lame
so just go and fuck yourself.
because
right now

love is in the air

kah kah kah