malam
aku mahu bersama kamu
ditemani gelap
suram
kelam.
malam
ingin ku khabarkan padamu
kau satu dalam beribu
takkan melepaskan kamu
pegang aku.
malam
biar datang siang
biar mimpi hilang
engkau ku rindu
selalu.
malam
jangan pernah pergi
aku tak mahu sendiri
bukan begini.
selamat tidur,
malam.
No comments:
Post a Comment